START !!
10 hari sebelum berangkat ke Johor . banyak persiapan yang nak kena buat , nak beli tu lah ni lah , baju lah , cadar lah , macam-ii lagi , haha . rasa macam dah tak cukup masa dah ni , buat macam-macam kerja dalam satu masa serabut . medical check up belum buat lagi ma kata nak buat dekat hospital tapi tak mau lah mahal sangat kesian ma . So suruh ma cari klinik je kan murah sikit tak membebankan . dokumen semua dah cukup dah , tinggal nak isi sikit je lagi . salina-salinan pun dah siap . ehhhh ehhh yuran tak bayar lagi lah dekat bank islam . tak pe isnin wan bayar ajak ma , sekali , hope ma freee hahha . btw apa lagi nak buat ye , semalam dah keluar dengan kawan-kawan pergi jalan . haha minggu depan kawan ajak pergi tengok wayang sama-sama , tapi cerita apa ya ? . ada ke cerita best lagi haha , bagi aku semua cerita membosankan . macam industri filem tanah air dah tak ada idea lagi dah . tapi aku tetap sokong MALAYSIA ! korang jangan pikir lain pula . Adik aku tadi dah dapat keputusan UPSR , tapi keputusan dia okay lah . tak pe adik punya perjalanan jauh lagi so buat yang terbaik okay . jangan risau adik baru je nak mula . start form zero to hero okay adik . Abang akan sokong adik dari belakang . kadang-kadang tu abang marah bukan nya abang nak buat adik benci abang , tapi abang marah sebab abang tak nak adik lupakan pelajaran tu . kita menuntut ilmu adik sampai ke tua , bukan diwaktu perlu je . abang buat blog ni pun perlukan ilmu dari pak cik GOOGLE haha , kalau tak de dia , abang tak tahu nak publish benda kejadah ni . haha senang cerita abang boleh jadi buta IT lah . sampai situ je lah wan menaip okay later wan publish lagi , sorry kalau cerita wan membosankan . wan hanya hendak berkongsi bukan nak dapatkan publisiti okay , wan ada kerja bye <TATA>
No comments :
Post a Comment